PENDAFTARAN KONTRAKTOR
TERMA DAN SYARAT

PERINGATAN !
SILA BACA TERMA DAN SYARAT DI BAWAH DENGAN TELITI SEBELUM MENERUSKAN PENDAFTARAN

Butir - butir berikut adalah penting untuk difahami sebelum anda meneruskan permohonan untuk berdaftar dengan LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA).

1.

Pendaftaran kontraktor ini terbuka kepada semua syarikat / perniagaan yang diperbadankan / didaftarkan di Malaysia sahaja.

2.

Pendaftaran hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web eIkof FELDA iaitu di http://eIkof.felda.net.my

3.

Maklumat yang diisi mestilah benar, betul dan lengkap. Permohonan yang tidak lengkap dengan sendirinya terbatal.

4. Kontraktor berjenis Koperasi perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
5.

Pemohon hanya boleh memilih bidang kerja yang didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) atau Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sahaja.

6.

Berikut adalah kelayakan untuk bidang-bidang tertentu

a) KEJURUTERAAN - Perlu berdaftar dengan
    i. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
    ii. Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
    iii. Pusat Kejuruteraan Negeri Sabah / PUKONSA (untuk kontraktor yang berdaftar di negeri Sabah)

b) KEJURUTERAAN ELEKTRIK - Perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga

c) KERJA PEMBENTUNGAN - Perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

d) PERTANIAN - Perlu berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)

e) BEKALAN DAN PERKHIDMATAN - Perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

7.

Jika pemohon memiliki lebih dari satu syarikat / pegangan saham dalam syarikat yang lain, hanya SATU syarikat sahaja yang dibenarkan mendaftar.

8.

Setiap permohonan dikenakan Bayaran Pemprosesan sebanyak RM 50.00 (tidak dikembalikan). Bayaran hanya boleh dibuat dalam bentuk Wang Pos / Bank Draf atas nama FELDA.

9. PENTING ! :
  1. Sila catatkan nama syarikat anda di belakang Wang Pos / Bank Draf tersebut untuk tujuan penyelarasan status bayaran.
  2. Bayaran Pemprosesan hendaklah dibawa semasa menghadiri sesi temu duga pada tarikh dan tempat yang akan ditetapkan kemudian.
10.

FELDA TIDAK MELANTIK ORANG PERSEORANGAN ATAU AGEN BAGI URUSAN PENDAFTARAN.


 
Copyright © FELDA 2012. All Rights Reserved.